Wednesday, September 19, 2018

SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

Oleh Lim Mei Yuan

Terdapat dua jenis sumber maklumat iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik manakala sumber sekunder adalah sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber.

Bagi sumber primer,  menurut Syed Ismail (2010), sumber primer ialah  penemuan baru penyelidikan asliboleh diterbitkan atau tidak boleh diterbitkandan merupakan maklumat asal. Selain itu,  menurut Wikipedia,  sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut juga biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam sumber primer, ialah merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru, melaporkan penyelidikan yang asli, memberi ulasan baru atau intrepretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu. Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan. Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah terbitan berkala, terbitan bersiri atau jurnal,  laporan penyelidikan, penerbitan kerajaan atau penerbitan rasmi, tesis jika diterbitkan sebagai artikel atau buku, proseding konferen. Sumber-sumber yang tidak diterbitkan pula termasuklah kertas kerja dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium, bengkel, kolokium, perbincangan, kongres dan sebagainya.  Fail syarikat,  fail peribadi,  surat menyurat,  diari, memo, buku nota makmal, temu ramah, rakaman radio, lukisan, pemerhatian,  laporan penyelidikan dan latihan ilmiah juga merupakan sumber primer yang tidak diterbitkan.

Bagi sumber sekunder,  menurut Wikipedia, sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal dan merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam sumber sekunder, iaitu bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru. Sumbet sekunder ini menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses. Sumber ini juga lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya mempunyai keesahan atau berat sebelah atau condong ke arah tertentu.  Contoh sumber-sumber sekunder ialah terbitan berkala, terbitan bersiri atau jurnal yang memberi laporan tentang  perkembangan sumber primer. Perkhidmatan indeks dan abstraks, ulasan, buku teks, monograf, bahan-bahan rujukan asas, ensaiklopedia, kamus, glossori, istilah, buku panduan,  jadual dan formula juga merupakan sumber sekunder.

Kesimpulannya,  sumber primer dan sumber sekunder membantu kita dalam mencari maklumat yang diingini.  Walaubagaimanapun,  kita harus bijak memilih maklumat yang benar agar mengelakkan memilihi maklumat yang palsu.

20 comments:

  1. Whats the difference between sumber primer and sekunder

    ReplyDelete
  2. more point n shorter pls too long

    ReplyDelete
  3. Ahhahahahha kan saya dh tulis panjang padan muka korang

    ReplyDelete
  4. Panjaaaaaaaaaaaa...nggggggggggggnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa oooooooooooooo

    ReplyDelete