Terdapat dua jenis sumber maklumat
iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer merupakan maklumat asas yang
diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis
dokumen dan soal selidik manakala sumber sekunder adalah sumber maklumat yang
diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber.
Bagi sumber primer, menurut Syed Ismail (2010), sumber primer
ialah penemuan baru ,penyelidikan
asli,boleh
diterbitkan atau tidak boleh diterbitkan,dan merupakan maklumat asal.
Selain itu, menurut Wikipedia, sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau
dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam
bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu
bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum
ditafsir. Sumber-sumber tersebut juga biasanya dihasilkan pada masa yang hampir
sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam
sumber primer, ialah merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru,
melaporkan penyelidikan yang asli, memberi ulasan baru atau intrepretasi yang
berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu. Biasanya sumber primer ini
sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada
di merata tempat. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak
diterbitkan. Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah terbitan berkala,
terbitan bersiri atau jurnal, laporan
penyelidikan, penerbitan kerajaan atau penerbitan rasmi, tesis jika diterbitkan
sebagai artikel atau buku, proseding konferen. Sumber-sumber yang tidak
diterbitkan pula termasuklah kertas kerja dari seminar, konvensyen,
persidangan, simposium, bengkel, kolokium, perbincangan, kongres dan
sebagainya. Fail syarikat, fail peribadi, surat menyurat, diari, memo, buku nota makmal, temu ramah,
rakaman radio, lukisan, pemerhatian,
laporan penyelidikan dan latihan ilmiah juga merupakan sumber primer
yang tidak diterbitkan.
Bagi sumber sekunder, menurut Wikipedia, sumber sekunder terdiri
daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah,
jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber
kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian
maklumat asal dan merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan
kepada umum.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam
sumber sekunder, iaitu bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru. Sumbet
sekunder ini menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang
diakses. Sumber ini juga lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau
pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara
dan sebagainya. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber
lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya mempunyai
keesahan atau berat sebelah atau condong ke arah tertentu. Contoh sumber-sumber sekunder ialah terbitan
berkala, terbitan bersiri atau jurnal yang memberi laporan tentang perkembangan sumber primer. Perkhidmatan
indeks dan abstraks, ulasan, buku teks, monograf, bahan-bahan rujukan asas,
ensaiklopedia, kamus, glossori, istilah, buku panduan, jadual dan formula juga merupakan sumber
sekunder.
Kesimpulannya, sumber primer dan sumber sekunder membantu
kita dalam mencari maklumat yang diingini.
Walaubagaimanapun, kita harus
bijak memilih maklumat yang benar agar mengelakkan memilihi maklumat yang
palsu.