Pada era globalisasi ini,masyarakat perlu
menguasai kemahiran pengurusan maklumat dan literasi maklumat supaya kemahiran
ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.Kemahiran ini membantu
masyarakat dalam mengenal pasti ketepatan dan kecekapan sesuatu maklumat supaya
mereka tidak menggunakan maklumat yang salah. Menurut beberapa kamus umum,maklumat ialah
data,bahan dan pengetahuan.Selain itu,maklumat juga adalah data yang tersusun
dalam satu struktur yang mempunyai makna.Ciri-ciri maklumat termaksuklah
relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada masanya dan membantu
mengurangkan ketidakpastian.Pengurusan maklumat pula boleh didefinisikan
sebagai proses mengenal pasti,klasifikasi,pemeliharaan dan pemansuhan sesuatu
maklumat.Pengurusan maklumat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai
dimensi iaitu dimensi diri,dimensi keluarga dan dimensi masyarakat.
Masyarakat yang mempunyai
kemahiran pengurusan maklumat akan menyaring maklumat yang benar dan menguruskan
maklumat dengan efisien.Penyaringan maklumat boleh dijalankan selepas masyarakat
mendapat pendedahan dan pemikiran tentang maklumat yang dicari.Kemahiran
pengurusan maklumat membawa banyak faedah kepada masyarakat.Salah satu faedah
kemahiran pengurusan maklumat ialah kemahiran ini membantu seseorang individu
membuat perancangan strategi untuk menambah pengetahuan dan kemahiran untuk
meningkatkan kerjaya mereka.Selain itu,kemahiran ini juga amat penting dalam
menguasai pelbagai kemahiran terkini supaya masyarakat tidak ditinggalkan zaman
dan dapat meningkatkan kemahiran sendiri.Seterusnya,kemahiran pengurusan
maklumat boleh digunakan oleh pelajar semasa menjalankan pembelajaran supaya
proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.Bukan itu sahaja,kemahiran
ini juga membantu dalam memperbaiki kedudukan pasaran,meningkatkan sinergi dan
memperbaiki komunikasi antara pekerja serta memperbaiki keberkesanan dan
kecekapan sesuatu tugasan.
Pengurusan maklumat berkait
langsung dengan pengurusan pengetahuan.Pengurusan pengetahuan merupakan satu
proses memanfaat,membangun dan menggunakan pengetahuan. Dengan menguasai
kemahiran pengurusan pengetahuan,pengetahuan dapat diurus dengan kemas dan
digunakan dengan berfaedah.Contohnya,pengetahuan dapat dikongsi dalam sesuatu
organisasi sehingga menjana idea kreatif.Pengetahuan juga dapat ditambah nilai
apabila berkongsi dengan orang lain kerana semua orang berkongsi maklumat yang
dicari melalui pelbagai sumber. Pengurusan pengetahuan membantu masyarakat
mencari,memilih dan menyebarkan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Penciptaan,penyebaran
dan penyuntingan pengetahuan juga dapat dikawal dengan kemahiran pengurusan
pengetahuan.Pengurusan pengetahuan mempunyai empat proses utama iaitu
penyimpanan dan pemerolehan semula,pemindahan,penciptaan dan aplikasi.
Semasa menjalankan pengurusan pengetahuan,pelbagai teknik boleh dijalankan
untuk menyahihkan dan mengesahkan sesuatu maklumat supaya sebarang fakta salah
dan palsu dapat ditangkis.Masyarakat harus membentuk sikap positif untuk
mengurus maklumat.Mereka boleh melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
untuk menyuntingkan sesuatu maklumat.Bekerja dalam kumpulan memastikan proses
penyuntingan maklumat dijalankan dengan cepat dan efektif. Bagi mereka yang
belum mahir dalam pengurusan pengetahuan,mereka boleh mencari mentor atau
pembimbing untuk membantu mereka membezakan maklumat betul dan salah.Masyarakat
juga boleh berkongsi pengetahuan yang dicari dengan orang lain supaya mereka
boleh membuat perbincangan untuk memilih pengetahuan yang betul.Pengetahuan
juga boleh diterap dalam menyelesaikan masalah untuk mengenal keberkesanannya.
Pengurusan maklumat dapat dilaksanakan secara efektif dengan memguasai
literasi maklumat. Literasi bermaksud celik atau
berpengetahuan.Menurut Byerly et.al.(1999),literasi maklumat dari segi istilah
bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci
pembelajaran sepanjang hayat.Byerly et.al. juga menyatakan bahawa pelajar yang
celik maklumat seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat dengan
cekap semasa proses pengumpulan maklumat, bahkan mampu menilai maklumat secara
kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif.Orang yang
mempunyai literasi maklumat mampu dalam menggali,mentafsir dan mencipta
idea-idea baru.Literasi maklumat merupakan satu ‘set kemahiran’ yang boleh
dipelajari dan mempunyai banyak konsep.Konsep literasi maklumat melibatkan
beberapa kemahiran seperti perkembangan kemahiran maklumat, kelancaran
maklumat,pengajaran bibliografi,orientasi perpustakaan,pendidikan pengguna,
kecekapan maklumat,latihan pengguna dan konsep-konsep lain.
Terdapat tiga komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat bagi
mewujudkan pembelajaran berkesan iaitu,akses,penilaian dan penggunaan.Masyarakat
juga boleh menggunakan alatan,teknik dan kaedah untuk menyahih maklumat yang
diterima supaya pengurusan maklumat dapat dijalankan dengan lancar.Mereka perlu
membentuk sikap positif semasa belajar pengurusan maklumat dan sentiasa
berkongsi maklumat dengan orang lain.
Kesimpulannya,pengurusan maklumat dan literasi maklumat harus dimiliki oleh
semua masyarakat.Hal ini kerana pengurusan maklumat yang cekap dan tepat akan
membolehkan masyarakat mempunyai akal budi dan menjauhkan diri daripada gejala
buruk.Masyarakat yang mempunyai literasi maklumat juga dapat menjalankan
pengurusan maklumat dan pengetahuan dengan efektif.
No comments:
Post a Comment