Wednesday, September 19, 2018

PELAYARAN INTERNET

Oleh So Jia Wen

    Pada era globalisasi ini, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi adalah amat penting untuk setiap individu. Walau bagaimanapun, di sekolah, ketandusan ilmu untuk melayari internet dalam diri pelajar merupakan faktor pelajar tidak berminat untuk mengaplikasikan penggunaan internet dalam pembelajaran mereka. Kekurangan pengetahuan dan masalah mendapatkan perkhidmatan internet sering dijadikan alasan oleh pelajar untuk tidak menggunakan kemudahan internet. Sesungguhnya, antara kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat ialah pelayaran Internet. Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran pada abad ke-21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran pendidikan.

     Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris “international network”, iaitu jaringan informasi global. Internet dicetuskan daripada idea perekanya J.C.R.Licklider dari Massachusetts Institute Technology (MIT) pada bulan Ogos 1962. Internet juga merupakan komputer antarabangsa yang terbesar dan dihubungkan dari rumah, sekolah, universiti, pejabat, dan pelbagai organisasi. Teknologi ini dapat menghubungkan antara individu dan kelompok manusia yang lain di seluruh dunia. Suasana pembelajaran seperti ini dapat membantu individu untuk menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang diperlukan. Internet dilihat sebagai alat untuk mengakses maklumat sendiri, mengikut kebolehan sendiri dan pada pakar yang kendiri. Penggunaan internet juga dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada pelajar untuk meneroka, mencari bahan atau rujukan. Dalam konteks ini, internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara, dan animasi. Penggunaan internet memudahkan lagi pembelajaran jarak jauh dengan individu lain dari negara atau benua yang berlainan.

    Terdapat beberapa contoh enjin pencarian yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Antaranya ialah Infoseek,Alta Vista,Yahoo,Google,Lycos,Cari dan sebagainya. Enjin pencarian tersebut dapat membantu kita mendapat maklumat yang ingin ditahui. Selain itu,  Brace juga menyatakan bahawa Internet adalah suatu “kesepakatan” kerana ia boleh saling berhubungan dan berkomunikasi dengan setiap komputer melalui penggunaan protokol standart, iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet protocol)  yang disepakati bersama. Fasiliti aplikasi Internet adalah sangat banyak sehingga mampu memberikan keperluan kepada tentera, para pendidik, kalangan media massa, perniagaan, dan perdagangan. Antara fasiliti tersebut adalah seperti Telnet, Gopher, WAIS, mel elektronik (e-mail), Mailing List, Newsgroup, File Transfer Protocol (FTP), Internet Relay Chat (IRC), World Wide Web (WWW). Sebagai contohnya, e-mail atau surat elektronik merupakan fasiliti yang paling sederhana dan paling mudah digunakan. E-mel juga adalah penghantar mesej atau surat paling cepat dan murah sehingga masa kini. Di samping itu,  mailing list juga merupakan perluasan penggunaan e-mail. Dengan fasiliti ini, pengguna yang telah dimiliki alamat e-mail boleh bergabung dalam suatu kelompok diskusi dan boleh berdiskusi melalui mailing list untuk memecahkan suatu permasalahan secara bersama-sama dengan saling memberikan pendapat dan sebagainya. Tambahan pula, news group dalam Internet adalah fasiliti untuk melakukan komunikasi antara dua orang atau lebih secara serentak dalam suatu waktu yang sama. Seterusnya, penggunaan internet juga banyak bergantung kepada kepakaran dan kemahiran menggunakan komputer dan menguasai kemahiran melayari internet. Kalau diperhatikan dengan teliti, golongan pelajar yang sering melayari internet dan menggunakannya dengan baik untuk proses pembelajaran mereka akan sentiasa mempunyai inisiatif untuk mencari bahan-bahan yang boleh menyokong pembelajaran mereka.

     Bukan itu sahaja, pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet, pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Holmes(1999)memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan pelajar yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan ujian, dan lain-lain adalah berlandaskan web di internet. Menurut B. H Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskan web di internet merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan internet akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelas tradisional. Sebagai contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan. Oleh itu,pembelajaran berasaskan internet ini telah menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan.

     Di samping itu, terdapat beberapa kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah pelajar boleh belajar secara kolaboratif antara satu sama lain. Mereka juga dapat mengirim surat melalui e-mail untuk bertanya dan berurusan dengan pensyarah dan rakan pembelajaran. Kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran juga termasuklah bahan pengajaran dapat ditentukan oleh pelajar dengan kesesuaian bahan dan pemilihan bahan yang dikehendaki. Pihak ibu bapa atau masyarakat juga dapat bersama-sama mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Namun demikian, terdapat juga beberapa kelemahan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang pertama pelajar lebih terdedah dengan bahan-bahan porno. Bahan ini sangat diminati pelejar dalam usia remaja dan akhir remaja. Kelemahan yang seterusnya ialah terdapat ciplak hak cipta sama ada dari segi maklumat ataupun pelajar yang mengambil muat turun bahan tersebut.

     Kesimpulannya, pelayaran internet dapat menyediakan sumber yang luas kepada kita untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Portal pendidikan juga dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelejar dalam sesuatu mata pelajaran tertentu. Dengan ini, ilmu pengetahuan pelajar akan dapat ditingkatkan.

No comments:

Post a Comment